FOLIO GEO!

ok!sebab ramai yang x tau nak wat folio geo mcm mane sebab x dek buku teks so , aisyah rase baik aisyah masukkan care nak wat camne ngan contoh ..
ok so guys this is it.tpi aisyah tak masukkan hasil kajian dengan kawasan kajian sbb bende tuh kene fikir sendiri and aisyah sendiri x bwat lagi ..


Sekolah menengah sultan abdul halim


Kajian geografi tempatan 2010



Kepentingan pengangkutan bas terhadap pembangunan di jitra, kedah



NAMA:
TINGKATAN:
NAMA GURU:


SENARAI KANDUNGAN

TAJUK
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
Rumusan
Rujukan




PENGHARGAAN


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya Cik Hayati bt Isa kerana telah member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek kajan geografi tempatan ini .Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga yang memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini .saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan pejabat daerah kubang pasu yang memberikan maklumat tentang kawasan kajian ini .akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada 20 orang penduduk ( penumpang bas yang saya temu bual di stesen bas darulaman )yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa kajian dijalankan .


pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk matapelajaran geografi ,murid – murid tingkatan dua diberikan peluang menjalankan kerja amali lapangan .hal ini dilaksanakan melalui temakajian geografi tempatan.murid – murid diberi pilihan untuk memilih tajuk kajian masing masing .
Saya telah memilih tajuk kepentingan pengangkutan bas terhadap pembanggunan di pekan jitra , kedah .kajian dijalankan di stesen bas darulaman .masa yang diberikan untuk menjalankan tugas ini ialah 4 hari .setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang dijalankan .







objektif kajian


Berikut adalah objektif objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja kursus ini
 Mengenal pasti bagaimana pengangkutan bas memainkan peranan penting dalam membangunkan kawasan kajian
 Mengetahui masalah masalah yang berkaitan dengan pengangkutan bas
 Mengetahui langkah langkah untuk mengenal pasti masalah tersebut.






kaedah kajian



Selepas memilih tajuk kepentingan pengangkutan bas terhadap pembanggunan di pekan jitra saya berbincang untuk memilih kaedah kajian yang akan digunakan
Berikut adalah kaedah- kaedah yang digunakan
 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan mengikut bentuk muka bumi , jenis kegiatan ekonomi penduduk jenis kemudahan social yang ada dan jenis kemudahan lain yang terdapat disitu .
Kami juga memerhatikan cirri kawasan kajian dan tempat sekitarnya dari segi pembanggunan dan kemajuannya
 Temu bual
Sebelum memulakan temu bual kami menyediakan borang soal selidik .
Sesi temu bual dijalankan di stesen bas .seramai 20 orang penumpang di temu bual untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan , keselesaan menggunakan bas dan tujuan menggunakan bas dan soalan soalan lain .
 Internet
Saya menggunakan kemudahan internet untuk mencari peta dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai kawasan kajian yang telah dipilih





Rujukan


Buku teks geografi tingkatan dua
Internet
jabatan daerah



BORANG SOAL SELIDIK

NAMA:
UMUR:
JANTINA:
BANGSA :
ALAMAT:
JENIS PEKERJAAN:
KOMEN TANDAKAN (/) NYATAKAN
KAKITANGAN KERAJAAN
PEKERJA SWASTA
BEKERJA SENDIRI

TUJUAN MENGGUNAKAN BAS:
PANDANGAN TENTANG KEMUDAHAN BAS
KOMEN TANDAKAN ( / )
SELESA
BIASA
KURANG SELESA

Comments

Popular Posts